Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah kereta Proton Perdana yang berwarna hitam cuba untuk memotong queue di lampu isyarat.
Sedang asyik dia memandu, kereta itu terpaksa berhenti kerana gagal memasuki lane yang sepatutnya. Rakaman itu sempat dirakam dashcam kereta yang berada di depannya.
Pemandu kereta Perdana itu dilihat berang dan cuba mengejar kereta dihadapannya. Dia dilihat sengaja berhentikan kereta sebaik saja dapat memotong kereta depannya itu. Pemandu itu dilihat turun daripada kereta lalu tunjuk marah dan tidak berpuas hati.