Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Penampilan Didakwa Semakin S*ksi, Elly Arifin Terima Teguran

today5 September 2024

Background

“Seksi ke? Saya rasa macam okay je.”

Demikian jawapan pengacara dan pelakon Elly Arifin mengenai penampilannya yang didakwa semakin seksi.

Menurut Elly, dia berterima kasih kepada mereka yang prihatin dan memberikan nasihat terhadap penampilannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elly Arifin (@ellyarifin)

Tidak melenting atau mengambil hati dengan dakwaan terbabit, bekas pengacara HLive itu menerima teguran yang diberikan secara positif.

“Saya nak berterima kasih kepada mereka yang prihatin. Mereka yang berikan nasihat pun, saya sangat hargai.

“Saya tak rasa saya seksi pun. Ia terpulang kepada individu yang menilai. Semua pendapat adalah subjektif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elly Arifin (@ellyarifin)

“Apa sahaja yang kita kongsikan di laman sosial, pastinya ada teguran, sama ada negatif atau positif. Saya ambil semua komen sebagai pengajaran. Saya ambil perkara positif untuk kebaikan saya di masa akan datang,” katanya kepada XTRA.

Elly ditemui di majlis pelancaran Platform Digital GIG Pempengaruh Tempatan ‘Influenstar Asia Dot Com’ yang berlangsung di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada Selasa.

Selain Elly yang bertugas selaku pengemudi acara, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Nazrief Nazri, Bagio Damasutra dan ramai lagi.

Menjawab dakwaan dirinya berpenampilan seksi untuk ‘lepas geram’ sejak kembali solo, Elly yang pernah membintangi drama bersiri Malang Si Puteri ini mempunyai jawapan tersendiri.

“Lepas geram selepas kembali solo? Pada saya, biasa je. Penampilan saya sama sahaja, sebelum berkahwin, selepas berkahwin atau kembali solo seperti sekarang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

“Mungkin sebelum ini, ramai orang tidak mengenali saya ketika saya bertugas sebagai wartawan dan pengacara.

“Kini, rezeki saya lebih dalam bidang lakonan. Mungkin orang ramai semakin mengenali saya dan berkata sebegitu, sedangkan penampilan saya sama sahaja sejak dahulu,” katanya lagi.

Sebelum ini, Elly dan pelawak Jiggy Masin pernah mendirikan rumah pada 9 September 2016, tetapi bercerai pada Januari 2020.

Tidak dikurniakan anak, Jiggy kembali mendirikan rumah tangga dengan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri 28 April 2023.

Written by: Aqilah