
PETALING JAYA:
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi meminda pertuduhan membunuh ke atas seorang bekas eksekutif pemasaran yang memandu lawan arus sehingga menyebabkan kematian dua remaja dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan pada 2021.
Peguam N Sivananthan yang mewakili K Devaaswin berkata, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan awal bulan ini.
“Saya percaya pihak pendakwaan mahu Mahkamah Rayuan mengembalikan pertuduhan bunuh terhadap anak guam saya serta memerintahkan dia membela diri,” katanya kepada FMT.
Pada 23 Okt lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen kesalahan membunuh terhadap Devaaswin, 29, walaupun memanggil 14 saksi untuk memberi…