Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pendidikan seks perlu demi kekang rogol statutori, kata aktivis

today2 March 2024

Background


Ibu bapa perlu sentiasa berbual berkait apa berlaku dalam kehidupan anak-anak, kata Noor Azimah Abdul Rahim.

PETALING JAYA: Program komprehensif pendidikan seks diperlukan demi membangkitkan kesedaran ibu bapa dan anak, selain menggalakkan perbualan subjek tabu itu susulan peningkatan kes rogol statutori, kata aktivis.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim berkata tidak sepatutnya subjek seks kekal menjadi β€˜pantang larang’ dalam masyarakat moden, terutama melibatkan isi rumah berpendapatan rendah.

β€œKempen boleh dilaksanakan dengan mengedar risalah dan poster di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) untuk menimbulkan kesedaran.

β€œGaris panduan disebar luas kepada ibu bapa melalui pihak sekolah demi membantu kefahaman mendekati isu seks dengan anak-anak mereka.

β€œLebih baik dibuat menerusi pendidikan, jadi mereka boleh berfikir sendiri,” katanya kepada FMT.

Azimah berkata, ibu bapa perlu sentiasa berbual dengan anak-anak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post