PETALING JAYA: Kumpulan penduduk mahu kerajaan dan pemaju mendedahkan pelan penjajaran baharu yang telah diluluskan bagi projek lebuh raya bertingkat penyuraian trafik Petaling Jaya (PJD Link) untuk diteliti.
Pengerusi Penduduk Membantah PJD Link (ScRAP), David Yoong, kata mereka hanya tahu cadangan jajaran baharu itu dapat kelulusan agensi persekutuan melalui media.
Menurutnya, kelulusan itu tidak dibincangkan dengan wakil penduduk.
“Kami semua mahu maklumat lengkap penjajaran baharu yang diluluskan kepada pemaju itu untuk kami lihat dan teliti, apa penambahan untuk jajaran baharu itu.
“Kami minta supaya kerajaan serta pihak terlibat telus berhubung kos pelaksanaan projek, terutama kos pengambilan tanah dan unjuran pendapatan daripada konsesi,” katanya ketika ditemui selepas perjumpaan para wakil penduduk.
Ahli Parlimen Petaling…