Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

TERKINI: Majlis Perkahwinan Dibenarkan Atau Tidak Akan Diumumkan 24 Jun Ini

today23 June 2020

Background

Kerajaan ketika ini sedang mempertimbangkan kebenaran bagi mengadakan majlis perkahwinan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau turut menerima permohonan daripada pengusaha perkahwinan susulan mereka turut menghadapi masalah pendapatan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Bagaimanapun menurutnya cadangan berkaitan kebenaran majlis sudah dibentangkan dalam mesyuarat khas dan akan dibincangkan secara terperinci pada 23 Jun 2020.

“Saya akan umumkan pada hari Rabu (24 Jun 2020),”ujarnya

Datuk Seri Ismail Sabri turut menyatakan bahawa cadangan tersebut bukan sahaja dari segi kebenaran, malah SOP tentang majlis berkaitan sama ada 250 orang atau lebih juga akan turut dibentangkan.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *