Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Penerbit Puji Tiz Zaqyah Dalam Sara Sajeeda Kerana…

today3 October 2019

Background

Penerbit drama terbaru TV3 Sara Sajeeda yakin telah membuat keputusan yang tepat dengan mengambil Tiz Zaqyah sebagai pelakon utama drama itu.

Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Haji Zil memuji lakonan Tiz yang berjaya memberikan komitmen yang cemerlang.

“Emosi lakonannya sangat tepat untuk menerajui mega mini siri ini. Mungkin ini memberi peluang untuk beliau melangkah ke taraf yang lebih tinggi.”

Haji Zil memuat naik kenyataan pujian itu di Instagramnya ketika meluahkan cabaran yang perlu dihadapi bagi mencari pelakon drama Sara Sajeeda.

“Sebenarnya, ramai artis popular tolak tawaran ni kerana terpaksa shooting di Pakistan selama 2 minggu. Depa dok kata Pakistan tak syok.”

“Kalau negara orang putih, tergedik-gedik bagi passport. Mereka tak tahu, sekarang Pakistan lebih moden…”

Haji Zil juga menjelaskan, antara alasan lain ramai pelakon menolak tawaran membintangi Sara Sajeeda adalah kerana kurang pengetahuan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

“Alhamdulillah, dalam kesejukan, masalah percakapan macam ayam dan itik, penerbangan tersangkut di Pakistan, akhirnya Tiz dapat memberikan lakonan yang cemerlang.”

“Terima kasih Tiz kerana sudi bawa watak Sara dalam Sara Sajeeda daripada saya dan seluruh team Zeel Production.”

Selain Tiz, Sara Sajeeda dibintangi Anmol Baloch dan Arslan Asad.

Ia ditayangkan di slot Samarinda, TV3 jam 10 malam bermula Khamis 3 Oktober.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *