Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Pengajaran 7 Hari Mencintaiku 2: “Jangan Lebihkan Orang Luar Daripada Menantu Sendiri” —Netizen

today22 July 2020

Background

Bersiaran sejak 2 Julai lalu, drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 terus mendapat tempat di hati peminat-peminatnya.

Ini selepas drama yang dibintangi oleh pelakon popular Siti Saleha dan Shukri Yahaya itu sering ditonton di laman YouTube selepas ia ditayangkan menerusi siaran televisyen.

Bagaimanapun episod ke 13 dan 14 drama itu semakin hangat diperkatakan selepas Mia Adriana (Siti Saleha) bergaduh dengan ibu mertuanya Mak Leha (Lizza Abdullah).

https://www.youtube.com/watch?v=FdhdiXT_zlw

Rata-rata menerusi ruangan komen menyatakan bahawa seseorang ibu mertua itu tidak sepatutnya melebihkan orang luar daripada menantu mereka sendiri.

Bagaimanapun, ada yang menyebelahi Mak Leha di mana menjadi seorang menantu itu sepatutnya hormat orang tua.

Apa pula pendapat korang? Apa-apa pun, korang kena ingat ye ini hanyalah drama. Realitinya mungkin tak macam ni kot? Eh!

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *