
PETALING JAYA: Penganalisis ragui kelebihan buat Perikatan Nasional (PN) sekiranya gabungan itu mengutamakan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) berbanding Gerakan untuk memenangi majoriti tipis kerusi di Pulau Pinang.
Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) tidak menjangkakan sebarang perubahan besar memandangkan MIPP tidak dikenali dalam kalangan rakyat.
“Gerakan lebih dikenali daripada MIPP. Impaknya tak akan besar, lebih-lebih lagi di Pulau Pinang,” katanya kepada FMT.
Beliau juga berkata sokongan pengundi berketurunan India kepada PN pada PRK Sungai Bakap, 6 Julai tahun lalu, adalah ‘sedikit’.
“Walaupun memang ada tambahan sokongan India untuk PRK Sungai Bakap, ia adalah tambahan sedikit kepada penyokong PN yang masih berasaskan pengundi Melayu,” katanya.
Sumber memberitahu FMT bahawa PN mengalihkan fokus kepada pengundi Melayu dan India di Pulau Pinang untuk memenangi majoriti tipis kerusi…