
KUALA LUMPUR: Pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy Yusof dan suami Fadzaruddin Shah Anuar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah membabitkan RM8 juta.
Vivy atau nama sebenar Vivy Sofinas Yusof dan Fadzaruddin yang masing-masing berusia 36 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa membuat bayaran RM8 juta daripada FashionValet kepada 30 Maple Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan jenama tudung mewah Duck, tanpa kelulusan lembaga pengarah.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di cawangan Public Bank di Bukit Damansara pada 21 Ogos 2018, atas kapasiti sebagai pengarah FashionValet.
Wang itu didakwa diambil daripada dana pelaburan yang…