

Pengguna Facebook Fauzan Madzlan mengaku Fahmi Fadzil tidak berkempen politik di sebuah masjid di Selangor pada PRN tiga tahun lalu, sebagai sebahagian penyelesaian dicapai antara kedua-dua pihak.
Penyelesaian itu direkodkan sebagai penghakiman persetujuan di depan Hakim Mahkamah Tinggi Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan, hari ini.
Peguam Fahmi, Asheeq Ali Sethi Alivi, berkata Fauzan mengakui ucapan Fahmi di sebuah masjid di Rawang, Selangor, pada 30 Julai 2023 semasa tempoh PRN bukan satu kempen politik mahupun bermotifkan politik.
“Defendan selanjutnya mengakui bahawa Fahmi sekadar menjawab soalan diajukan di masjid itu mengenai kontroversi menyelubungi kumpulan The 1975, yang menjadi isu ketika PRN Selangor pada 2023.
“Defendan turut meluahkan rasa kesal berhubung satu hantaran Facebook bertarikh 31 Julai…