Connect with us

Sosial

Pengorbanan Guru Gigih Tanda Kertas Peperiksaan Dalam Wad Tular

Guru ibarat iilin, membakar diri menerangi yang lain.

Published

on

“Guru ibarat iilin, membakar diri menerangi yang lain.”

Itulah perumpamaan yang paling sesuai dalam menggambarkan jasa dan pengorbanan para guru. Selepas ibu bapa, guru adalah insan yang bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa dan mencorak masa depan generasi muda.

Peranan guru amatlah besar dalam memastikan anak-anak muridnya mencapai kejayaan, tidak pernah mengeluh biar banyak tugasan yang perlu dilakukan sampai terkadang dibawa balik ke rumah.

Namun itulah tugas seorang guru, mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna.

Terbaru, tular menerusi media sosial baru-baru ini mengenai pengorbanan seorang guru.

Posting tersebut mengenai seorang guru lelaki yang menanda kertas peperiksaan pelajarnya walaupun waktu itu dia sedang ditahan didalam wad di sebuah hospital akibat penyakit kencing manis.

Pemilik akaun Twitter Nisa yang memuatnaik post tersebut turut meletakkan perbualan dia dan rakan sekelasnya selain gambar guru mereka yang sedang menanda kertas peperiksaan tersebut.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen dengan mendoakan agar guru tersebut segera sembuh supaya dapat kembali ke sekolah seperti biasa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.