Difahamkan, taktik baharu itu dilakukan apabila nasi bungkus akan dihantar terus ke rumah pelanggan untuk mereka yang ponteng puasa.
Menerusi laporan daripada Sinar Harian, Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda, Shuib Ismail@Yusuf memberitahu serbuan Ops Plastik Hitam ke atas sebuah premis di Tikam Batu.
Mereka mendapati peniaga menyediakan perkhidmatan bungkus dan hantar makanan yang diletakkan dalam plastik hitam kepada pelanggan walaupun ketika itu baru menunjukkan jam 11 pagi.
Beliau memberitahu, semasa serbuan dilakukan, dua penghantar makanan juga sudah sedia menunggu ‘tugasan’ mereka mengikut tempahan ke sekitar kawasan itu.
“Ketika diserbu mendapati, peniaga sedang membungkus nasi yang ditempah, terdapat pelbagai jenis lauk dan minuman yang siap dibungkus, dua lelaki juga mengaku sebagai ‘runner’ dan akan buat urus niaga secara hantaran (COD) kepada pelanggan,” katanya.
