“Henti kata-kata berbisa anda, dia baru saja kehilangan zuriat pertama!,” demikian luahan pengurus kepada Marissa Dania, Ryn Farhana yang kesal pempengaruh itu masih teruk dikritik netizen.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Ryn berharap agar netizen memberikan Marissa ruang selepas menghadapi ujian berat dalam kehidupannya.
“Tolonglah stop semua kata-kata kurang baik di media sosial. Bagilah ruang pada Marissa yang baru je hadap musibah besar dalam hidup.
“Kata-kata anda berbisa, tatkala dia kehilangan anak yang dikandung, setiap yang anda tulis di laman sosial boleh mengguris jiwa Marissa yang baru sahaja kehilangan nyawa zuriat pertama.
“Marissa mungkin nampak kuat tetapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Yes, beliau isteri kedua. Tapi tetap ISTERI kan?” tulisnya.
Sementara itu, Ryn turut bertegas agar netizen termasuklah keluarga dan rakan-rakan untuk tidak masuk campur urusan rumah tangga Marissa, Aslam dan madunya, Umisya Mazlan.
“Biarlah Marissa, Aslam, Umisya dan ibu bapa mereka settle hal family mereka. Tak perlu ada unsur masuk campur netizen, orang ramai, adik beradik, ipar duai, sauadara mara, pak cik, mak cik, dan sebagainya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ryn turut meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang terus menghukum seseorang sebagai anak derhaka.
“Janganlah sewenangnya menuduh seseorang itu sebagai anak derhaka. Semua perkara terjadi BERSEBAB, bukan suka-suka je mereka bertindak. Beri masa dan ruang untuk Marissa dan ibu bapanya selesaikan sendiri.
“By the way, kepada orang-orang yang ada text Marissa minta maaf, Insya-Allah, Marissa dah maafkan pun. Thank you sebab masih ada sifat berperikemanusiaan,” tuambahnya lagi.
Sebelum ini, Marissa berharap agar orang ramai berhenti menyebar spekulasi kerana bimbang isu tersebut akan terjerumus kepada fitnah.
Terdahulu, Marissa kehilangan anak sulungnya yang meninggal dunia selepas dilahirkan secara pra matang dalam kandungan berusia enam bulan.
Difahamkan, berita duka tersebut hanya diketahui oleh bapanya, aktor Norman Hakim dan keluarga terdekat sahaja.
Manakala ibunya, Abby Abadi tidak dimaklumkan mengenai pemergian cucunya itu.
Sekadar info, Marissa menjadi isteri kedua kepada pilihan hatinya, Mohd. Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Artikel Berkaitan: “Henti Sebar Fitnah, Syukurlah Allah Masih Jaga Aib Kita” – Marissa Dania
Artikel Berkaitan: Netizen Berang, Buat ‘Party’ Di Ruangan Komen IG Abby Abadi ‘Sekolahkan’ Marissa Dania – “Sombong Nak M****s! Terpaling Aslam Je Kat Mata Dia”
Artikel Berkaitan: Bersalin Bayi Pra Matang, Abby Abadi Mengaku Masih Belum Dapat Khabar Dari Marissa Dania – “Tak Tahu Nak Nasihat Apa”