
SEKINCHAN: Kerajaan Selangor akan memanggil pihak pengurusan sebuah taman tema terkenal di Shah Alam berikutan insiden seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca pada Rabu lepas.
Menteri Besar Amirudin Shari berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, termasuk membabitkan isu keselamatan sebelum tarikan terbaru taman tema itu dibenarkan beroperasi semula.
“Buat masa ini operasinya dihentikan. Jika mereka penuhi spesifikasi ditetapkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan permohonan seterusnya kita teliti semula aspek keselamatan, baru akan dibenarkan beroperasi semula,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Perayaan Thaiponggal 2025 Peringkat Selangor hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan…