Beberapa hari lalu, seorang pengguna laman sosial Facebook telah memuat naik beberapa keping gambar seorang peniaga minuman di sebuah bazar Ramadan di ibu negara menggunakan air paip tanpa dimasak, untuk jualannya pada hari tersebut.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2439899829368308&set=a.503907109634266&type=3&theater
Menerusi foto tersebut jelas memaparkan seorang lelaki menadah air paip di hadapan sebuah premis sebelum mengangkat baldi yang berisi air tadi tersebut ke gerai minumannya.
Lelaki itu kemudiannya, tanpa rasa bersalah menuang air paip yang ditadah ke dalam balang dan membacuh minuman yang hendak dijual.
Menurut Fendy (pengguna laman sosial Facebook), walaupun paip di hadapan premis itu mempunyai penapis tetapi ia sebenarnya sudah lama tidak ditukar.
“Saya ni puluh tahun duduk kat situ dan tahu kualiti air di kawasan rumah kedai tu.”
Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang memberi reaksi negatif dengan mengatakan Fendy sengaja menularkan foto tersebut untuk membuka aib peniaga itu.
Fendy Rusli berkata, tujuan dia berkongsi foto tersebut bukan untuk menutup pintu rezeki orang lain jauh sekali mengaibkan.
Sebaliknya, mahu memberi pengajaran kepada pembeli di bazaar demi manfaat mereka.
Apa-apa pun, korang kena lah berhati-hati ya. Dekat-dekat nak raya ni kena jaga kesihatan.
Post comments (0)