KUALA LUMPUR: Peniaga diingatkan tidak sesekali melakukan perubahan harga yang tidak seiring dengan kenaikan kos ditanggung dan perlu munasabah dalam membuat sebarang perubahan harga jual supaya tidak membebankan pengguna.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid, berkata ini kerana peniaga tertakluk kepada peruntukan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
“Akta itu memperuntukkan bahawa peniaga tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan sekiranya perubahan harga yang dibuat menunjukkan kenaikan yang terlalu tinggi, mendadak dan mengambil untung secara tidak munasabah atau berlebihan,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan Rosol itu dikeluarkan bagi menjelaskan kenyataan beliau di Kuching, Sarawak pada Jumaat lepas berhubung isu…