
PUTRAJAYA: Penjawat awam di negara ini diseru untuk menjadi ejen yang bertindak sebagai suara kerajaan kepada seluruh Keluarga Malaysia.
Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, berkata ia berikutan isu berkaitan kelemahan dan keburukan lebih mudah disensasikan di media ketika ini, berbanding kebaikan dan manfaat yang ditawarkan.
“Tetapi, kenapa tidak kita hebahkan perkara-perkara yang baik dalam kalangan kita, seperti dalam media sosial, perbualan seharian, komunikasi dengan pihak lain dan sebagainya.
“Kita tidak menafikan akan terdapat kelemahan, namun sebenarnya banyak pencapaian yang telah kita capai sepanjang setahun ini,” katanya dalam ucapan penutup Simposium Keluarga Malaysia.
Sebagai contoh, beliau memetik mengenai usaha kerajaan untuk menstabilkan harga makanan seperti harga ayam dan minyak masak, yang dilaksanakan…