Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Pentaksub Artis Sila Jaga Adab, Peminat Sekarang Kurang Ajar & Bodoh” – Zainal Abidin

today5 September 2023

Background

Penyanyi senior Datuk Zainal Abidin meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir peminat yang taksub kepada selebriti sehingga meninggalkan komen-komen biadab dan kurang ajar.

Menurut laporan Berita Harian, Zainal berasa berang dengan sesetengah peminat yang menggelarkannya dengan kata-kata biadab.

“Peminat sekarang kurang ajar dan bodoh. Mereka selalunya memuat naik dahulu, kemudiannya baru fikir.

“Cubalah fikir dahulu, baru muat naik komen. Kalau nasihat dan tegur baik-baik, saya terima, tetapi saya pula dihentam.

“Sehingga ada yang panggil saya sebagai pakcik tua nak mampus, kubur dah panggil,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Hijau ini tampil menasihati sikap peminat yang meninggalkan sebarang komen di media sosial.

“Janganlah guna bahasa kasar sebegitu. Daripada saya nak dengar nasihat, terus berubah jadi benci.

“Kita orang Melayu, beragama Islam yang ada adab dan adat.

“Walaupun anda ustaz sekalipun, kalau tiada adab baik, saya tetap tak dapat terima,” ujarnya.

Terdahulu, penyanyi berusia 64 tahun ini menerima kecaman hebat apabila membuat teguran terhadap seorang penyanyi popular tular.

ARTIKEL BERKAITAN:Ditegur Pakai Rantai & Gelang, Zainal Abidin Tak Peduli Dikecam – “Kalau Panjang Umur Saya Berubah…”

Sumber: Berita Harian

Written by: Aqilah