Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penumpang Ini Terhibur Dengan Lawak Pengumuman Krew Air Asia!

today8 April 2019

Background

Syarikat penerbangan kos rendah, Air Asia bukan sahaja terkenal dengan tawaran harga rendah namun penerbangan ke pelbagai kawasan yang diliputi.

Terbaru, syarikat ini berjaya merangkul anugerah antarabangsa termasuk Anugerah HR Asean 2019 bagi tempat kerja terbaik selain Syarikat Tambang Rendah Terbaik di World Travel Awards.

Syarikat yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tony Fernandes memang pakar dalam mengambil hati para penumpang, selain sentiasa menawarkan promosi yang menarik.

Antaranya termasuklah dengan menawarkan hiburan dan perhatian khusus buat penumpang yang menaiki penerbangannya.

Jom tonton video yang dikongsikan pengguna Twitter ini semasa penerbangannya bersama Air Asia baru-baru ini.

https://twitter.com/AzrulAkmal1216/status/1113670595873349632

Menariknya kali ini, pengumuman tersebut bukan dibuat oleh juruterbang pesawat, sebaliknya dilakukan oleh kabin senior Fitri Zubir.

Sejurus posting tersebut tular, Fitri yang sudah beberapa tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu turut meminta kebenaran untuk menyimpan video itu.

Tidak terhenti sekadar disitu, sekali lagi Fitri menghiburkan penumpang semasa pendaratan dilakukan.

https://twitter.com/AzrulAkmal1216/status/1113793423218077699

Bagaimanapun, ini bukan pertama kali syarikat penerbangan tersebut membuat kejutan. Sebelum ini, juruterbang yang bernama Shahirul Alim atau dikenali sebagai Kapten Shaha penah berpantun sebelum penerbangan bermula. Syabas Air Asia!

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *