Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Perbezaan Kaum Buat Netizen Kagum Cara 5 Sekawan Raikan Ramadan

today15 May 2019

Background

Tidak dapat dinafikan, bulan Ramadan adalah bulan yang paling mulia. Bulan dimana semua orang mengejar untuk berbuat kebaikan.

Tak kira walau perbezaan kaum dan agama, masing-masing cuba untuk menjadi lebih baik.

Terbaru, seorang pengguna laman Twitter yang memegang twithandle @faridhanip telah memuatnaik beberapa keping gambar serta kapsyen memaparkan rakan-rakannya yang berlainan bangsa telah menyediakan juadah untuk bersahur.

Tweet yang dimuat naik semasa hari pertama Ramadan 6 Mei lepas tular dek kerana netizen kagum dengan perkara yang dilakukan oleh rakan rakan pemuda tersebut.

Pos berkenaan bagaimanapun dikemaskini beberapa jam kemudian menunjukkan mereka turut berbuka bersama.

Tweet tersebut juga telah meraih lebih daripada 100k retweets dengan reaksi positif daripada netizen.

Rata-rata memuji sikap rakan-rakan Farid yang menunjukkan keharmonian dan peraduan dalam persahabatan tanpa mengira kaum.

Semoga perkara ini dapat menjadi contoh dan teladan yang baik buat masyarakat diluar sana ya!

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *