Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Perbicaraan kes bunuh libatkan 5 anggota polis, pegawai kanan Esscom bermula

today2 January 2024

Background


Semua enam anggota polis dan seorang awam dibicarakan di Mahkamah Tinggi Tawau di Sabah atas tuduhan membunuh seorang pemandu e-panggilan pada 13 Jan tahun lalu. (Gambar Bernama)

TAWAU: Pendakwaan kes perbicaraan enam anggota polis dan seorang awam yang didakwa membunuh pemandu e-panggilan akan membuktikan bahawa mangsa telah diumpan keluar dari sebuah hotel dan diarah memandu ke ladang kelapa sawit di mana dia ditikam pada 13 Jan tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat dalam ucapan pembukaan kes itu di Mahkamah Tinggi berkata bedah siasat turut mengesahkan bahawa punca kematian mangsa adalah kecederaan parah pada leher disebabkan oleh objek tajam.

Di kandang tertuduh ialah bekas ketua staf perisikan Eastern Sabah Security Command (Esscom) Mat Zaki Md Zain, lima anggota polis iaitu Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, dan John Kennedy Sanggah, 44, serta seorang awam Vivien Fabian, 34.

Rosdi, Denis,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post