
KUALA LUMPUR: Kecelikan digital merentasi sekolah, pejabat kerajaan dan syarikat swasta perlu dipercepatkan dalam usaha mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, kata Anwar Ibrahim.
Perdana menteri berkata ini kerana status negara berpendapatan tinggi hanya boleh dicapai sekiranya didorong oleh penggunaan digital di semua peringkat.
“Dulu kita katakan kecelikan dari segi pendidikan asas. Kemudian sekarang ini kecelikan digital itu sudah menjadi satu kemestian.
“Sebab itu saya tekankan mengapa kita antara beberapa negara awal di dunia yang mewujudkan satu kementerian sebagai Kementerian Digital,” katanya ketika berucap merasmikan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec).
Beliau berkata kemajuan dan kejayaan agenda digital negara dalam…