Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Percepat tender tebatan banjir, mangsa tak mampu tunggu’, kata PM

today10 February 2025

Background


banjir
Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan projek tebatan banjir dilaksanakan segera untuk membantu penduduk di kawasan berisiko. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu Perbendaharaan dan Kementerian Ekonomi mempercepat proses tender bagi kelulusan segera peruntukan projek mendesak termasuk tebatan banjir.

Beliau yang juga menteri kewangan, berkata pelaksanaan projek seperti itu mungkin boleh dipercepatkan dengan kaedah rundingan, namun terdedah kepada banyak keterlanjuran dan ketirisan.

“Sebaiknya kita guna tender, tetapi ambil masa terlalu panjang dan orang yang terkesan dengan banjir tidak mampu menunggu.

“Hal ini saya harap dapat diberikan perhatian,” katanya berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bulan lalu, Anwar berkata kerajaan sedia merombak unjuran tempoh pelaksanaan projek mendesak seperti membasmi miskin tegar dan tebatan banjir supaya diselesaikan segera.

Menurutnya, keupayaan sesebuah negeri tidak perlu dijadikan alasan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nora Mahpar


Previous post