Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Percutian Fizo Omar Kena Sindir Dengan Warganet Gara-Gara….

today18 September 2022

Background

Percutian pelakon Fizo Omar dan isteri baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Ada antara netizen yang mendakwa duit yang digunakan pelakon itu adalah hasil daripada pelaburan OctaFX.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

 

Perkongsian yang dimuat naik oleh Fizo menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini turut dibanjiri dengan pelbagai komen berbentuk sindiran dan pesanan buat pelakon itu.

Malah, ada juga yang turut mempersoalkan status halal dan haram duit yang digunakan sepanjang percutiannya bersama keluarga.

Bagaimanapun, sehingga kini Fizo dilihat masih tidak memberikan komen balas berhubung dakwaan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya.

Terdahulu, Fizo yang juga duta broker global OctaFX bersama-sama Wak Doyok dilihat masih berdiam diri susulan laporan yang mengatakan platform tersebut kini sudah memasuki senarai amaran Bank Negara Malaysia (BNM).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

 

Written by: Salma


Previous post