

Perintah pembubaran sementara terhadap Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dilaksanakan sepenuhnya mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan, kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Menurut JPPM, perintah dikeluarkan berdasarkan penelitian terhadap ketidakpatuhan berterusan, terhadap arahan bertulis yang dikeluarkannya sebelum ini.
Katanya, tindakan diambil susulan kegagalan MTUC mematuhi arahan JPPM bertarikh 6 Apr tahun ini, khususnya berkaitan penyerahan penyata kewangan dan kunci kira-kira yang telah diaudit, termasuk maklumat berhubung kewangan atau harta yang diterima daripada sumber luar negara bagi tempoh 2020 hingga 2025.
“Setiap tindakan pengawalseliaan dilaksanakan secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan.
“Jabatan ini tidak dipengaruhi oleh sebarang kepentingan mana-mana pihak dan setiap…