Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Perjuangan 24 Tahun Anwar Ibrahim Berbaloi, Nurul Izzah Luah Rasa Bangga

today24 November 2022

Background

Nurul Izzah Anwar menzahirkan ucapan tahniah kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 hari ini.

Berkongsi rasa bangga, Nurul Izzah menulis kehidupan dan perjuangan keluarganya yang penuh dengan onak dan duri di laman Instagram miliknya.

“Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.

“Ketika kalah kita diduga, Ketika menang juga kita diduga.

“Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

Tambah puteri sulung Anwar itu, dia berkata dengan terpilihnya sebagai perdana menteri bukan bererti perjuangan berhenti malah cabaran di depan menunggu setelah ayahnya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

“Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

“I love you, Papa. Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama, Izzah turut berkata legasi yang ditinggalkan untuk masa depan bukan pangkat dan harta tetapi sebuah perjuangan yang tidak ternilai.

“Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

“Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, InshaaAllah,” luahnya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Written by: Aqilah


Previous post