Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Wah, Akhyar Rashid Balas Pantun Rindu Eyka Farhana Di TikTok!

today24 November 2022

Background

Sudah pasti ramai yang mengenali pelakon jelita Eyka Farhana yang sering mencuri tumpuan netizen dengan gelagat mesranya bersama Akhyar Rashid, yang juga merupakan seorang pemain bola sepak.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Eyka di laman TikTok sehingga berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Eyka sedang membaca pantun berkenaan dengan rindu seakan-akan ditujukan kepada seseorang.

@misseyka.fYou lindu takk♬ original sound – αzяυℓℓ_fєи∂у04

“You lindu takk,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Susulan itu, Akhyar turut memuat naik satu perkongsian di laman TikTok seakan membalas pantun rindu Eyka itu.

@akhyar19rashid🤔 👀♬ original sound – Akhy@r@shid

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat comel mereka berdua yang saling berbalas pantun itu.

“Eee guys tengok video Akhyar baru send membalaslah dia.

“Macam ada orang balas TikTok ni hahaha.

“Ooo dia main balas pantun rupanya.

“Hahaha video dia balas kat atas je wak,” tulis salah seorang netizen.

Bukan itu sahaja, Eyka turut membalas di ruangan komen TikTok Akhyar.

“Hahaha! Pantun boboboi awak memang no syatu. Love teroks!”

Written by: Aqilah


Previous post