
KUALA LUMPUR: Ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah, ditambah dengan insiden rampasan kapal kontena berkaitan Israel oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) awal hari ini, boleh mengakibatkan gangguan rantaian bekalan serta premium insurans yang lebih tinggi, kata persatuan perkapalan.
Pengerusi Persatuan Perkapalan Malaysia Ooi Lean Hin berkata ketegangan geopolitik semasa di Timur Tengah meningkatkan risiko pelayaran dalam ekosistem perkapalan global, yang kini diperluaskan ke Teluk selain dari Laut Merah.
“Keselamatan pelayaran agak berisiko tinggi di rantau ini. Premium insurans risiko perang akan melonjak dan gangguan rantaian bekalan akan bertambah sehingga membawa kepada peningkatan kos penghantaran untuk rantau ini,” katanya.
Ditanya mengenai impak terhadap sektor…