Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Perlukan Kaunseling Semasa Wabak COVID-19? Hubungi Talian Kasih

today31 March 2020

Background

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mungkin merasakan duduk rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini lebih selamat.Β Namun, bagi sesetengah individu mungkin tidak.

Ini susulan pada 30 Mac 2020, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat dipercayai akibat didera.

Namun, menurut pihak polis pengasuh kanak-kanak terbabit berusia 33 tahun bersama suaminya berumur 41 tahun telah ditahan.

Sehubungan itu,Β Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mewujudkan Talian Khas Kaunseling COVID-19 bagi memberi sokongan psikologi kepada orang ramai yang terkesan dengan penularan wabak itu, selainΒ bagi mengelakkan masalah sosial yang lain seperti penderaan dan keganasan rumah tangga dalam masyarakat berlanjutan sehingga boleh meningkatkan pelbagai risiko keselamatan.

Perkhidmatan telekaunseling itu diwujudkan melalui Talian Kasih 15999 dan WhatsApp Talian Kasih 019-2615999.

Talian Khas Kaunseling COVID-19 itu dibuka kepada mangsa COVID-19, waris mangsa, petugas pusat kuarantin, hospital dan lain-lain individu yang terkesan dengan PKP yang dilanjutkan sehingga 14 April.

Perkhidmatan itu beroperasi selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *