Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Permit Lulus, Westlife Gegarkan Malaysia Malam Ini Dan Esok!

today8 August 2019

Background

Kumpulan Westlife yang cukup popular pada penghujung 1990-an dan awal 2000 akhirnya mengubat rindu peminat di Malaysia apabila bakal menjayakan sebuah konsert Westlife The Twenty Tour 2019 β€˜LIVE’ in Kuala Lumpur.

Bakal berlangsung malam ini dan esok tepat jam 8.30 malam di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, acara berkenaan mendapat sambutan luar biasa apabila tiket habis terjual dalam tempoh 32 jam saja.

Antara lagu popular mereka termasuklah If I Let You Go, Flying Without Wings, My Love, World of Our Own, Queen of My Heart, Uptown Girl, I Have A Dream, Swear It Again dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan, penganjur konsert Westlife, Macpiepro juga mengesahkan permit mengadakan acara berkenaan sudah lulus sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MacpiePro Berhad, Francis Leong berkata pembeli tiket tidak perlu risau disebabkan acara berkenaan tidak mungkin akan dibatalkan.

β€œKami dengan sukacita memaklumkan permohonan permit bagi Westlife The Twenty Tour 2019 β€˜LIVE’ in Kuala Lumpur sudah mendapat kelulusan daripada semua pihak terbabit termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sebelum ini, acara bertemu peminat penyanyi Korea Selatan 2019 Kim Jae Hwan Fanmeeting MIN:D in Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam dibatalkan saat-saat akhir.

Westlife dianggotai Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan, dan Mark Feehily.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *