
DHAKA: Malaysia akan memberi pertimbangan utama kepada permohonan pekerja Bangladesh yang kehilangan peluang akibat perkembangan politik di negara mereka, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kerajaan Bangladesh membuat rayuan kepada Malaysia berhubung kemungkinan menambah pengambilan pekerja dan golongan profesional.
“Sudah pasti saya akan memberikan pertimbangan utama itu, sekurang-kurangnya pada fasa pertama, tertakluk pada semua syarat dipenuhi, perkara ini boleh dilaksanakan secepat mungkin,” kata Anwar.
Perdana menteri berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Muhammad Yunus selepas pertemuan dua hala.
Anwar melakukan lawatan sehari dan ia yang pertama oleh ketua kerajaan asing sejak pembentukan kerajaan interim yang diketuai oleh Muhammad.
Mengenai pelaburan, Anwar berkata kedua-dua…