KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 2 Okt depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman difailkan seorang pesara terhadap kerajaan supaya menyegerakan pelarasan pencen mengikut formula sebelum pindaan Akta Penyelarasan Pencen 1980.
Peguam Baljit Singh Sidhu mewakili Aminah Ahmad yang bersara sebagai penjawat awam di Kementerian Luar berkata mahkamah menetapkan tarikh tersebut pada pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli hari ini.
“Mahkamah turut mengarahkan responden (kerajaan dan ketua pengarah perkhidmatan awam) memfailkan afidavit jawapan sebelum atau pada 10 Julai ini dan plaintif (Aminah) memfailkan afidavit balas sebelum atau pada 31 Julai ini.
“Mahkamah turut menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 6 Ogos ini,” kata peguam itu ketika…