Konflik rumah tangga antara pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh seakan sudah berakhir apabila mereka dilihat sedang menunaikan ibadah Umrah bersama.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuk memuat naik foto berada di Tanah Suci Kota Makkah di samping isteri tercintanya itu.
“Alhamdulillah, diizinkan Allah,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur apabila rumah tangga mereka dapat diselamatkan daripada bercerai.
Ramai dalam kalangan mereka juga mendoakan agar masjid yang terbina antara Shuk dan Fara itu berkekalan hingga ke Jannah.

Sebelum ini, kenyataan Fara di platform media sosial Threads miliknya meraih perhatian selepas dia secara terbuka mengakui menyesal mendirikan rumah tangga bersama Shuk.
Difahamkan, Fara sudah hilang sabar dengan perangai suaminya yang sering bercerita mengenai keburukannya kepada rakan rapat pelawak itu.
Artikel Berkaitan: Kecewa Suami Lebih Pertahankan Rakan, Fara Salleh Cabar Shuk Sahar Lafaz Cerai? – “Kawan Dia Nganjing Aku Tapi Dia Halau Aku…”
Artikel Berkaitan: Tiada Jalan Penyelesaian… Mengaku Menyesal Kahwin! Fara Salleh Minta Cerai Dengan Shuk Sahar – “Penat Kena Kongkong, Buat Semua Kerja Lelaki… Rimas!”
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Akhirnya ‘Buka Mulut’, Minta Orang Ramai Guna Akal Sebelum Buat Tuduhan – “Seumur Hidup Aku Tak Pernah Cerita Buruk Pasal Orang”
Artikel Berkaitan: Didakwa Kaki Kongkong & Sebar Aib Isteri, Rakan Shuk Sahar Tampil Backup – “Paling Tersakiti! Burukkan Nama Suami Memang Nombor Satu”