
PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk meneruskan pertuduhan terhadap seorang warga emas kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, walaupun pengadu telah menarik balik laporannya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal memberitahu Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa hari ini, pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menarik balik aduannya terhadap Patrick Khoo.
Beliau juga berkata pegawai penguat kuasa MBPJ telah memberikan kenyataan kepada polis mengesahkan perkara sama.
Nurul Sofea bagaimanapun berkata, pihak pendakwaan memutuskan untuk meneruskan pertuduhan terhadap Khoo, 69, tanpa memberikan alasan.
Peguam Khoo, Rajsurian Pillai dan Tay Chee Fu, kemudian meminta pihak pendakwaan memberikan dokumen itu kepada mereka.
Rajsurian juga berkata pihak pembelaan akan mengemukakan representasi kepada pihak…