PETALING JAYA: Tiada keperluan ‘melayan’ saranan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno supaya Pakatan Harapan (PH) meminta maaf kepada parti itu atas serangan selama berdekad, kata Timbalan Ketua Penerangan PKR Razeef Rakimin.
Tegasnya, apa disuarakan Nur Jazlan Mohamed disifatkan ‘perangai sesetengah pemimpin Umno yang masih angkuh’.
“Jangan angkuh dengan kemenangan besar di DUN Mahkota kerana ia tidak mungkin berlaku tanpa kerja keras PH bagi memastikan pengundi PH keluar mengundi dan tidak beralih sokongan.
“Inilah perangai sesetengah pemimpin Umno yang masih belum terhakis, angkuh. Baru menang beberapa kerusi sudah mendabik dada,” katanya di Facebook.
Razeef berkata, jika tidak kerana PH, Umno masih seperti dulu.
“Umno membusuk hingga ke usus dan diakui sendiri oleh beberapa pimpinan parti berkenaan.
“Tetapi, selepas bersama PH barulah Umno perlahan-lahan bersih dari sikap…