Menerusi video tersebut, seorang jurugambar perkahwinan berkongsi sebuah gambar memaparkan penampilan beberapa orang tetamu yang hadir dalam sebuah majlis perkahwinan.
Tidak menunjukkan wajah, jurugambar berkenaan berkongsi pakaian beberapa orang tetamu yang dianggap tidak kemas ketika hadir ke majlis tersebut.
Dapat dilihat sekumpulan lelaki mengenakan baju t-shirt dan memakai selipar ketika bergambar bersama pengantin.
Menurutnya, ia tidak kemas dan patut memakai kasut agar gambar nampak lebih cantik.
“Yang lelaki, tolong pakai kasut pergi wedding, benda ni bukan apa tau dia kadang-kadang pengantin nak masukkan gambar korang dalam album ke dia nampak tak beretikalah, nampak macam spoil dekat situ.
“Orang perempuan boleh pakai lawa-lawa lelaki asal kena pakai macam ni ye, korang ingat korang pergi mana.
“Pakai baju pakaian bersesuaian dengan majlis, dia bukan pakai selipar macam kau nak pergi pasar, pergi kedai bawah rumah kau,“ katanya.