Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Piket ‘kepung’ Kedutaan AS 6 hari bermula

today26 December 2023

Background


Orang ramai berarak ke Kedutaan AS menjelang piket ‘Kepung Demi Palestin’ enam hari di bangunan itu.

KUALA LUMPUR: Pelbagai NGO dan parti politik berhimpun di sini menjelang piket enam hari “mengepung” kedutaan AS susulan tindakan negara itu memveto usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mendesak gencatan senjata di Gaza.

Perhimpunan anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) melihat lebih 100 orang berarak dari Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke kedutaan itu.

Acara itu disokong 35 NGO, 15 pergerakan pelajar dan sayap pemuda parti politik seperti PKR, Amanah dan PAS. Pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Muda turut menyertai.

“Desakan kami sangat mudah, (kami) mahukan gencatan senjata sekarang,” kata ahli kanan sekretariat, Tian Chua.

“Kenapa kedutaan AS? Kerana AS menyediakan wang yang membolehkan pembunuhan besar-besaran diteruskan, dan mereka menyekat sebarang usaha oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk keamanan,” kata bekas naib presiden PKR…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrul Shahabudin


Previous post