
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia dijangka membentangkan cadangan bagi meminda dua rang undang-undang berkaitan siling gaji diinsuranskan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) daripada RM5,000 kepada RM6,000 tahun ini.
Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata ia membabitkan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja dan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan.
“Ketika ini pekerja yang mempunyai gaji melebihi RM5,000 adalah kira-kira 1.45 juta orang manakala pekerja yang berskala gaji kurang dari RM5,000 adalah 8.38 juta orang. Peningkatan (siling gaji) ini dapat menambah baik perlindungan keselamatan sosial Perkeso dengan meningkatkan faedah-faedah bagi kedua-dua akta,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata pindaan berkenaan adalah selaras dengan fokus 3K kementerian iaitu untuk meningkatkan kebajikan, kemahiran dan keberhasilan…