Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Pizza Anganku Musnah”, Gara-gara Memakai Pinggan Plastik Dalam Oven, Gadis Ini Dikecam Warganet

today9 July 2020

Background

Geli hati apabila melihat satu ciapan yang tular di laman sosial Twitter @AinaFarisya baru-baru ini, gara-gara dia membakar pizza di dalam ketuhar panas tetapi menggunakan pinggan plastik dan menyangkakan pinggan yang cair itu adalah ‘cheese’ yang cair.

https://twitter.com/ainerss/status/1280767356575211525

Risau ‘terkantoi’ dengan ibunya, gadis ini mengambil keputusan untuk berterus terang.

https://twitter.com/ainerss/status/1280796518694260737

“Dear Mama, I’m really sorry. Saya tau saya b**oh. Tapi saya tetap cantik & comel”

“HAI SEMUA!!! MAK AKU DAH TAUUU, DIA TAK MARAH PUNNN…”

“PASTU AKU TUNJUK TWEET AKU, DIA KATA “im proud of u, hahahaha bagus la… tapi comment jangan dibaca kalau tak kuat” kata Aina Farisya.

Menerima hampir 30 ribu ‘retweets dan comments’, gadis cilik ini juga turut menerima pelbagai reaksi dari warganet, tak kurang juga yang mengecam dan menasihatkannya kerana menggunakan pinggan plastik untuk membakar pizza.

Sumber : Twitter @wak_doyok

Sumber : Twitter @pardonalice

 

Sumber : Twitter @amrdnlco

Apa yang membuatkan bebenang ini lagi menarik, apabila Chef terkenal, Dato Fazley Yaakob menawarkan untuk ‘sponsor’ pizza tray untuk membantu gadis cilik ini mengganti tupperware yang cair itu.

Terbaik lah Chef!

Jadi selepas ini, pastikan korang selidik dulu cara penggunaan oven, sama ada pinggan yang digunakan itu sesuai dan selamat digunakan bersama oven itu atau pun tidak.

Yang paling penting, bersikap jujur dengan ibubapa korang okay!

Written by: Fieyna Azman

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *