Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat selamat melangsungkan pertunangan dengan pengacara Nabil Mahir secara online, pada Selasa, 28 April 2020.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Ayda menerusi akaun Instagram miliknya.


Pertunangan yang berlangsung itu difahamkan bersempena dengan ulang tahun kelahiran Nabil yang ke-32.
Jelas Ayda, foto yang dimuat naiknya bersama ‘encik tunang’ itu adalah foto suntingan seolah-olah sedang berada di lokasi sama, sedangkan upacara itu diadakan secara online di kediaman masing-masing berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini pula ucapan romantis Ayda buat Nabil…

Menjengah ke akaun Instagram Nabil, dia turut berkongsi perkhabaran gembira itu dengan peminat di Instagram.
Antara potongan kapsyen ditulisnya ialah…

Post comments (0)