Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PKR Tuaran usul pecat Rafizi

today19 April 2026

Background


Ketua PKR Tuaran Razeef Rakimin dalam mesyuarat agung tahunan cabang itu semalam mengusulkan parti ambil tindakan tegas dengan memecat Rafizi Ramli.
PETALING JAYA:

Mesyuarat agung tahunan cabang PKR Tuaran semalam mengusulkan supaya parti mengambil tindakan tegas dengan memecat Rafizi Ramli.

Menurut laporan Sinar Harian, usul itu dikemukakan ketua cabang itu, Razeef Rakimin yang berkata, Rafizi dua kali diberikan surat tunjuk sebab, namun tiada sebarang tindakan diambil.

Beliau berkata kelantangan Rafizi yang disifatkan sesetengah pimpinan utama PKR sebagai sudah melanggar ‘garis merah’ perlembagaan parti tetapi PKR masih tidak berani untuk mengambil tindakan.

Susulan itu, Razeef mengusulkan supaya parti memecat Rafizi sekiranya Ahli Parlimen Pandan itu benar-benar telah melanggar perlembagaan parti.

Pada 5 April lalu, Rafizi terselamat daripada cubaan menggugurkan beliau sebagai ketua PKR Pandan dalam mesyuarat agung tahunan cabang itu.

Rafizi mencapai kemenangan tipis apabila…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post