
PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan diarah untuk memastikan tambahan hasil padi yang siginifkan pada tahun depan untuk manfaat pengguna dan pesawah.
Arahan itu diberikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara hari ini.
Anwar berkata mesyuarat itu platform tertinggi bagi kerajaan menekuni isu terkait sekuriti makanan serta kebajikan petani dan pesawah.

“Mesyuarat antara lain memberi tumpuan kepada isu produktiviti hasil padi negara. Dalam soal ini, saya mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk memastikan tambahan hasil padi yang signifikan pada tahun 2025.
“Sasaran ini penting bagi untuk meningkatkan hasil pesawah, di…