
PASIR MAS: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk negeri diketuai kerajaan pembangkang.
Beliau berkata, langkah itu diterjemah menerusi lawatannya ke Kelantan, negeri pertama dikunjunginya sejak berkhidmat sebagai perdana menteri.
“Saya sudah beritahu sebelum ini, tugas saya sebagai perdana menteri adalah berusaha mentadbir dan mengurus negara dengan sebaik mungkin.
“Soal pilihan raya rakyat yang memilih. Tanggungjawab saya selepas diberi amanah adalah mengurus dengan baik tanpa mengira negeri dan tumpuan saya soal banjir adalah di Kelantan memandangkan negeri ini banjir.
“Kalau bercakap soal pelabuhan mungkin sesuai di Johor, kita ikut keutamaan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di pusat pemindahan…