Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PM sampaikan sumbangan kepada Zaiton Sameon

today19 September 2023

Background


Zaiton Sameon menerima sumbangan daripada perdana menteri yang disampaikan setiausaha politiknya Ahmad Farhan Fauzi. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada penyanyi veteran Zaiton Sameon yang mengalami gejala hilang ingatan sementara selepas terlibat kemalangan sekitar 1990.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan setiausaha politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang diutuskan untuk berkunjung ke rumah Zaiton di Ampang.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan segera menyelesaikan bantuan warga emas kepada beliau (Zaiton),” kata Anwar.

Kemalangan yang menimpa Zaiton pada 1990 turut meragut nyawa anak tunggalnya.

Zaiton, 67, baru-baru ini dilaporkan media memohon bantuan kewangan bulanan JKM kerana hidup sebatang kara dengan menumpang di rumah anak angkatnya dan kurang mendapat tawaran menyanyi.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post