Timbalan perdana menteri berkata beliau akan ingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membantu rakyat Kedah.

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata Putrajaya akan menyelesaikan masalah air di Kedah sekiranya negeri itu ditadbir kerajaan perpaduan dalam pilihan raya negeri tidak lama lagi.
Zahid yang juga presiden Umno berkata, berapa ramai penduduk di Kedah yang terjejas dengan masalah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Katanya, beliau tidak mahu masalah air di Kedah yang diterajui PAS menjadi semakin buruk seperti mana yang berlaku di Kelantan.
“InsyaAllah, kalau kerajaan Kedah di bawah kerajaan perpaduan masalah air akan diselesaikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Sebab perdana menteri adalah menteri kewangan. Kalau beliau lupa saya akan ingatkan tolong rakyat kedah,” katanya berucap di Himpunan Madani Kedah 2023 di…