Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PM yakin Malaysia jadi tuan rumah terbaik Sidang Kemuncak Asean

today11 July 2024

Background


Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 di bangunan Parlimen, hari ini. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan Malaysia mampu menjadi tuan rumah terbaik sempena Sidang Kemuncak Asean 2025.

Beliau berkata, hasil kerjasama utuh semua pihak akan membawa negara tampil sebagai hos cemerlang kepada semua delegasi terlibat.

“Pelbagai perkara telah dibincang bagi memastikan persediaan rapi dapat dibuat di setiap peringkat melibatkan kementerian serta agensi kerajaan,” katanya.

Anwar berkata demikian di Facebook dan turut berkongsi beberapa keping gambar beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 di bangunan Parlimen.

Menteri Luar Mohamad Hasan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam memaklumkan tiga tonggak utama digariskan Malaysia sebagai persiapan menjadi pengerusi Asean 2025 iaitu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post