Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PN menang Pulai kerajaan perpaduan hilang majoriti, dakwa Hamzah

today6 September 2023

Background


Hamzah Zainudin berkata PN sedia berbincang dengan kerajaan dan mahu menjadi pembangkang yang berwibawa untuk kepentingan rakyat.

JOHOR BAHRU: Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Pulai akan menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga kerusi Parlimen yang mereka nikmati sekarang, dakwa Hamzah Zainudin.

Setiausaha agung PN berkata, jika ia berlaku PH-BN tidak boleh berbuat sesuka hati kerana perlu berunding dengan gabungan itu sebelum sebarang keputusan dibuat di Parlimen.

“Tolong bantu untuk berikan kemenangan kepada (calon PN) Zulkifli Jaafar, kerana dengan memberikan kemenangan ini akan menyebabkan mereka tak dapat majoriti dua pertiga dalam Parlimen, jadi tak boleh lakukan apa-apa sewenang-wenangnya.

“Mereka terpaksa jumpa kita, kalau baik kita sokong, yang tak baik kita tak sokong,” kata ketua pembangkang ketika berucap dalam ceramah kelompok di Kempas.

Kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohd Farhan Darwis