Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Polis Dedah Fotofit Suspek Kes Simbah Asid Faisal Halim

today20 May 2024

Background

Setelah dua minggu kes simbah asid membabitkan pemain tunggak Selangor FC, Faisal Halim, pihak polis akhirnya mendedahkan lakaran fotofit suspek yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil bagi membantu mengesan suspek.

β€œSuspek dianggarkan berusia 30-an, berketinggian 165 sentimeter (cm), tubuh bersaiz sederhana dan kulit sawo matang.

β€œJusteru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit diminta menghubungi pegawai penyiasat kes atau tampil ke balai berhampiran,” katanya kepada pemberita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harian Metro (@hmetromy)

 

Tegasnya lagi, orang ramai boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5), Inspektor Jagachandaran Murugesen di talian 0125848166 atay 0322666071.

Terdahulu, Faisal dilaporkan mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badannya.

Malah, dia juga terpaksa menjalani proses β€˜split skin graft’ (SSG) di mana kulit di bahagian paha atau pinggulnya diambil untuk menutup kesan lecur akibat simbahan asid sulfurik pekat pada anggota badannya yang terjejas.

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Simbah Asid Faisal Halim, Kulit Paha Bakal Jadi ‘Korban’… Bantu Tutup Kesan Lecur Pada Badan

ARTIKEL BERKAITAN:”Sedih Lihat Keadaan Dia” – Faisal Halim Kritikal, Disahkan Alami Melecur Tahap 4

ARTIKEL BERKAITAN:Β Sasar Muka Faisal Halim Namun Sempat Dielak, Dua Individu Ucap β€˜Good Luck’ Sebelum Simbah Asid

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah