
PETALING JAYA: Polis akan menilai keperluan menugaskan anggota polis menjaga keselamatan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin selepas keluarga itu memfailkan laporan berhubung kandungan didakwa maklumat siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu ‘dibocorkan’.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan memberitahu FMT, pihaknya akan ‘menilai’ tahap keselamatan pasangan itu, yang didakwa atas tuduhan pengabaian pada Khamis, selepas pada mulanya disiasat atas kesalahan membunuh.
Terdahulu, Hussein mengesahkan, dua laporan difailkan berhubung kebocoran maklumat itu – satu oleh keluarga Zayn dan satu lagi oleh pegawai penyiasat kes itu.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail turut menasihatkan keluarga Zayn supaya membuat laporan polis jika berasa terancam disebabkan penyebaran kandungan itu. Menurutnya,…